Perkasa pelbagai pengetahuan

May 11, 2010 |

(Sinar Harian, Tuesday, 11 May 2010 – Selangor & KL – Page, 24 )

CYBERJAYA- Program Cyberjaya Graduate Attachment & Training (Great), terus mendapat perhatian apabila ia memberi peluang graduan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menimba pengetahuan dalam bidang pekerjaan mengikut kursus mereka.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Ir Hafidz Hashim berkata, menerusi program itu graduan berpeluang memperolehi pengalaman bekerja dalam pelbagai bidang termasuk teknologi maklumat, perniagaan dan kewangan.

IR HAFIDZ

Dengan bayaran sebanyak RM1,600 sebulan menurutnya, program Great ternyata mendapat penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan graduan pelbagai kursus semua IPTA yang turut mendapat kerjasama daripada lebih 40 syarikat sekitar Cyberjaya.

“Menerusi program berkenaan secara langsung dapat member pengalaman kepada graduan lepasan universiti tempatan memperoleh pengalaman bekerja selain meningkat keupayaan komunikasi terutama dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Difahamkan, semenjak mula diperkenalkan seramai 156 graduan berjaya mengikuti kursus di syarikat yang ditempatkan sambil diselia penyelia bertanggungjawab.

“Pelatih turut dilatih untuk menguruskan penganjuran sesuatu program menerusi program komuniti yang dianjurkan Cyberview, bagi memberi pengalaman berharga kepada mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar kelak,” katanya kepada Sinar harian ketika ditemui baru-baru ini.

Program memberi peluang graduan menjadi pelatih selama enam bulan di pelbagai syarikat kecil dan sederhana yang beroperasi di Cyberjaya itu bermula pada Mac tahun lalu berkenaan kini sudah masuk pengambilan yang keenam.

Comments are closed.