Hentian bas solar di Cyberjaya

February 2, 2011 |

(Harian Metro, Wednesday, 2 February 2011 – Variasi – Page: 2)

Dalam usaha menyokong pendekatan teknologi hijau khususnya di kawasan Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd dijangka akan menjalankan beberapa inisiatif secara usaha sama pintar bagi menyediakan kemudahan menggunakan sistem solar.

Pengurus Besar, Perniagaan, Komunikasi Korporat dan Perancangan, Cyberview Sdn Bhd, Rashid Mat berkata, antara pendekatan yang digunakan pihaknya dijangka dilaksanakan tahun ini.

“Antara inisiatif yang kami jalankan adalah dengan membina hentian bas solar di sekitar kawasan Cyberjaya dan jika tiada masalah, ia akan dilaksanakan pada tahun ini juga; katanya selepas sesi ketujuh Information on Green Technology (iGreet) di Cyberjaya, baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 40 hentian bas di sekitar kawasan berkenaan, namun tidak semua akan dilengkapi sistem solar. “Kami akan memilih hentian bas tertentu saja dan ia bergantung kepada keperluan semasa; katanya.

Rashid berkata, pihaknya bernasib baik kerana usaha berkenaan mendapat kerjasama danpada syarikat persendirian yang bersetuju menaja keseluruhan pelaksanaan projek itu. “Kos untuk membina panel solar bagi setiap hentian bas menelan belanja kira-kira RM20,000, namun kami tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak berikutan mendapat perhatian syarikat lain yang turut ingin menjayakan usaha ini, “katanya.

Selain itu, menurutnya, pihaknya juga dalam usaha menjalankan projek pembinaan tempat letak kenderaan berbumbung solar yang akan menjana tenaga baru untuk penggunaan domestik. “Melalui projek ini,tempat letak kenderaan yang ada di Cyberjaya dilengkapi bumbung solar yang kemudian menghasilkan tenaga baru bagi penggunaan domestik.

“Namun, projek ini masih belum dimulakan kerana ia bergantung kepada tarif elektrik serta menelan kos agak tinggi, “atanya. Menurutnya, sejak 1999, Cyberjaya sudah mengamalkan beberapa inisiatif menggalakkan persekitaran hijau seperti mengamalkan konsep pembangunan terancang dan mesra alam sekitar.

“Usaha ini dilakukan bagi menggalakkan komuniti di sini lebih menghargai alam sekitar serta menjadikan Cyberjaya sebagai antara bandar yang mengamalkan gaya hidup hijau, “katanya.

Comments are closed.