Cyberview rai golongan kurang bernasib baik

March 5, 2010 |

(Utusan Malaysia, Friday, 5 March 2010 – Supplements – Page, 4 )

CYBERJAYA – Nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini tidak pemah dipinggirkan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina lalu, Cyberview Sdn. Bhd. turut meraikan golongan tua dan kanak-kanak kurang upaya dengan mengadakan Rumah Terbuka, bertempat di Arena Sukan, di sini baru-baru ini.

Dua buah rumah kebajikan terlibat ialah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah (PPKKCTM) dan Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas.
Pada majlis itu PPKKCTM menerima sumbangan sebanyak RM5,545, manakala Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas menerima sumbangan sebanyak RM5,000 yang disampaikan Pengarah Urusan Cyberview, Ir. Hafidz Hashim.

Hampir 3,000 tetamu memeriahkan majlis yang turut dijayakan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEc), Setia Harum Sdn. Bhd dan Prima Properties Management Sdn. Bhd. (Prima).

Comments are closed.