Tarik IKS Guna Pasaran Internet

January 1, 2010 |

(Dewan Ekonomi, Friday, 1 January 2010 – General News – Page, 55 )

Syarikat multimedia, Motiofixo menyasarkan untuk menjadi antara agensi pengikianan utama yang memasarkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan menerusi internet.

Shamsul Nashriq, Pengarah Urusan Motiofixo berkata, pasaran tersebut berupaya untuk dikembangkan memandangkan IKS Malaysia menghasilkan produk yang berpotensi untukdipasarkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

http://www.cyberjaya-tv.com/2010/gallery/Motiofixo-jan-2010.jpg

Namun demikian, kebanyakan pengusaha IKS tidak tahu cara untuk mengiklankan produkdan syarikat mereka bagi mencari pelabur berpotensi. Selain hal itu, mereka mungkin berpendapat bahawa kos pengikianan amat mahal walaupun hal mi penting untuk memastikan produk mereka mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Motiouixo menyediakan khidmat membangunkan pakej pengiklanan yang bukan hanya berpatutan kepada IKS, malah kualitinya setanding dengan syarikatpengiklanan yang besar. Selain hal itu, pakej tersebut sesuai untuk IKS menjenamakan semula produk dan syarikat mereka.

Motiofixo ialah sebuah syarikat bertaraf IKS, hasil perkongsian tiga orang graduan bidang kreatif daripada Universiti Multimedia yang diwujudkan pada tahun 2007. Walaupun syarikat mi masih baharu, melalui pengalaman mengendali kan projek kreatif bersama-sama Koridor Raya Multimedia (KRM), sekolah, universiti awam, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Petronas, dan lain-lain sejak dua tahun lalu, syarikatyakin pakej mi amat berbaloi untuk pengusaha IKS.

Selain hal itu, projek ini turut mendapat sokongan daripada pemaju utama Cyberjaya, Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) yang menawarkan ruang pejabat pada kadar sewa yang murah dan pakej sokongan yang lain.

Comments are closed.