Syarikat teknologi maklumat digalak perluas pasaran

March 12, 2010 |

(Utusan Sarawak, Friday, 12 March 2010 – Business & Finance – Page, 4 )

HAMBURG (JERMAN), Khamis – Syarikat teknologi maklumat tempatan (IT) yang baru dan yang baru diwujudkan digalakkan berkembang melangkaui sempadan negara inl kerana wujud potensi pasaran yang sangat besar.

Ini terbukti dari.penyertaan sembilan syarikat tempatan di CeBIT, iaitu pameran perdagangan terbesar di dunia bagi penyelesaian IT digital dan telekomunikasi bagi rumah dan persekitaran tempat kerja.

Kesemua syarikat itu meraih jualan RM70.530 juta di pameran CeBIT selama lima hari yang diadakan mulai 2 Mac di Hannover, Jerman.

Konsul Perdagangan/Pesuruhjaya Perdagangan Kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Sabri Abdul Rahman berkata CeBIT adalah platform terbaik bagi syarikat-syarikat,IT yang baharu bermula.

iMereka digalakkan keluar negara untuk mendapatkan pembeli. Mereka mungkin tidak berani atau tidak tahu ke mana hendak ditujui selama ini,° katanya kepada Bernama had ini.

MATRADE menganjurkan penyertaan Malaysian pada CeBIT tahun ini pada peringkat pavilion nasional. Empat daripada syarikat itu ditaja oleh Cyberview, iaitu AKRIZ. Sdn Bhd, Motiofixo Sdn Bhd, Rapid Matrix Sdn Bhd dan Fabtronic Sdn Bhd. Yang lain ialah Cyberview sendiri, Ceiframe Dynamics Sdn Bhd, Strategic Petro Sdn Bhd, ZPMC Techcon Sdn.Bhd dan Basis Bay Sdn Bhd.

Sambil mendapat pendedahan di pasaran Jerman, Sabri berkata CeBIT turut mendedahkan mereka kepada seluruh Eropah dan global. Kita terlibat di dalam persaingan IT dunia. India kini telah teguh dan China sedang meningkat naik. Ekonomi global dijangka bertambah baik daripada tahun lepas dengan keyakinan pengguna yang lebih tinggi.

Dengan itu, kita jangan hadkan pasaran. Kita sepatutnya memasuki ke pasaran berkenaan.” Kumpulan sasaran utama CeBIT ialah pengguna dari industri itu, sektor pemborongan/peruncitan, perdagangan kemahiran, bank, sektor perkhidmatan, agensi kerajaan, sains

sektor teknologi. CeBIT menawarkan satu platform antarabangsa bagi dilakukan perbandingan mengenai trend industri, aktiviti jaringan dan persembahan produk.

Menurut Sabri, kesemua syarikat itu melahirkan minat masing-masing untuk mengambil bahagian lagi di dalam CeBIT. 1MATRADE berharap untuk menghulurkan bantuan kepada lebih banyak syarikat untuk mengambil bahagian di dalam CeBIT tahun depan kerana pembeli berpotensi sudah tentu akan turut hadir.”

Kecuali bagi Cyberview, Basis Bay dan Celframe, enam syarikat yang lain melakukan penyertaan bagi kali pertama. di CeBIT. AKRIZ yang memamerkan saiz sebenar simulator penerbangan yang canggih dengan pergerakan “6- axes”, telah menjadi daya penarik pengunjung ke Pavilion Malaysia, kata Sabri.

CeBIT di Hannover adalah anjuran Deutsche Messe AG pada setiap Musim Bunga sejak 1986.
– Bernama

Comments are closed.