EM anjur larian malam

March 17, 2010 |

(Harian Metro, Wednesday, 17 March 2010 – General News – Page, 28 )

CYBERJAYA: Kecanggihan lokasi di daerah ini mendorong Energizer Malaysia (EM) sekali lagi meneruskan tradisi menganjurkan Larian Malam selepas kejayaan penganjuran aktiviti riadah itu sebelum ini.

Pengarah Urusan Cyberview, Ir Hafidz Hashim, berkata Cyberjaya dipilih sebagai lokasi acara berkenaan kerana faktor geografi dan tarikan landskap yang mampu menggamit peserta untuk menyertainya.

“Penganjuran acara antara bangsa seperti larian berkenaan secara tidak langsung akan dapat memacu kejayaan dan menjadikan Cyberjaya dikenali sebagai bandar hub teknologi serta tempat beriadah untuk sukan berskala besar,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Larian Malam Energizer di sini. semalam.

Comments are closed.