Cyberjaya Motorsports Sabtu ini

March 17, 2010 |

(Utusan Malaysia, Wednesday, 17 March 2010 – General News – Page, 27 )

KUALA LUMPUR 16 Mac – Cyberview Sdn. Bhd. akan mengadakan acara Cyberjaya Motorsports di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada Sabtu ini dengan beberapa aktiviti menarik disusun untuk pengunjung.

Antaranya ialah perlumbaan motosikal mini, endurance go-kart dan juga drift, bermula dari pagi sehingga ke tengah malam. Selain itu, pertandingan karaoke dan mewarna untuk kanak-kanak akan turut diadakan bagi menjadikan acara itu sesuai untuk semua peringkat umur.

Semuanya adalah percuma. Apa yang perlu ialah datang ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Jalan Kelab off Persiaran Semarak Api, Cyberjaya pada Sabtu ini.

Comments are closed.