Cyberview tunjuk perubahan dalam WCIT 2010

June 28, 2010 |

(Sinar Harian, Monday, 28 June 2010 – Selangor & KL – Page, 16)

Deligasi antarabangsa tertarik dengan pameran dan penerangan mengenai potensi pelaburan.

Cyberview Sdn Bhd dipilih sebagai pusat perdagangan antarabangsa MSC Malaysia dan lokasi pilihan maklumat multinasional dan teknologi komunikasi (ICT) oleh pelabur pada Kongres Dunia Teknologi Maklumat (WCIT) 2010, di Amsterdam baru-baru ini.

Sebagai pemilik tanah dan badan mandat untuk pertumbuhan di Cyberjaya, Cyberview merupakan sebahagian dari 20 delegasi yang dipimpin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkil, termasuk Multimedia Development Corporation (MDeC).

“CyberView komited untuk membangunkan Cyberjaya sebagai pusat untuk ICT, multimedia dan perkhidmatan yang mana menyokong pelbagai badan pentadbiran kerajaan dalam ICT ke arah pembangunan ekonomi negara.

“Hampir 500 syarikat tempatan dan multinasional memilih Cyberjaya sebagai lokasi perniagaan, penyelesaian pembangunan dan perkhidmatan antaranya, DHL, Fujitsu, KPMG, Motorola, HSBC, Nokia, DELL, Shell, BMW, AMD and Ericsson,” kata Pengarah Urusan Cyberjaya Sdn Bhd, Ir Hafidz Hashim.

Comments are closed.