100 pasukan sertai Kembara Alam Cyberjaya

May 28, 2010 |

(Sinar Harian, Friday, 28 May 2010 – Selangor & KL – Page, 24 )

Pemenang kategori terbuka merakam kenangan bersama Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat, Cyberview Sdn Bhd, Narila Hasbullah (kanan).

CYBERJAYA – Sebanyak 100 pasukan mengambil bahagian dalam acara Kembara Alam bagi merebut hadiah lumayan yang ditawarkan pemilik hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd di Arena Sukan Cyberjaya, di sini.

Pengarah Urusan Cyberview, Ir Hafidz Hashim berkata, penganjuran ini adalah tahunan khusus untuk warga komuniti Cyberjaya dengan menerapkan elemen perlumbaan yang menuntut semangat kerjasama berpasukan.

“Acara kali ke-4 mi turut menguji ketahanan fizikal dan mental, serta kreativiti yang tinggi dalam kalangan peserta dan memberi peluang kepada mereka menjelajah Bandar Cyberjaya termasuk menjenguk ke kawasan kejiranan.

‘Ia dianjurkan selaras usaha Cyberview yang menerajui pembangunan di Cybeijaya, dalam menjadikan kawasan perbandaran berkenaan sebagai tempat untuk belajar, bekerja dan menjalani kehidupan di sini,” katanya.

Menurutnya, menerusi program seumpama ini, secara tidak langsung memberi peluang kepada komuniti Cyberjaya menikmati dan menghargai apa yang terdapat di sini.

“Tahun ini, program pengembaraan alam mendapat penyertaan 70 pasukan bagi kategori terbuka manakala 30 yang lain dalam kategori tertutup yang mana penglibatan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Setiap pasukan disertai empat peserta termasuk seorang pemandu, seorang jurumudi dan dua lagi ahli tambahan,” katanya.

Difahamkan peserta perlu mengharungi beberapa cabaran termasuk menyelesaikan teka silangkata, menjawab soalan dan teka teki serta mengkaji peta sebelum menamatkan pertandingan.

Kumpulan yang disertai Wong Chiang Chuen, Claire Chin, Julie Tan dan Goh Teck Koon berjaya merangkul juara manakala bagi kategori tertutup di menangani MDeC.

Comments are closed.