Warrior juara liga paintball Cyberjaya

June 7, 2010 |

(Berita Harian, Monday, 7 June 2010 – Sentral – Page, 5 )

PESERTA Pertandingan Liga Paintball Cyberjaya (CPCL) bergambar ramal selepas berakhir majiis penyampaian hadiah, di Sport Arena, Cyberjaya.

CYBERJAYA: Pertandingan Liga Paintball Cyberjaya 2010 baru-baru ini berlangsung meriah dengan 30 pasukan dari sekitar Lembah Klang, Johor, Ipoh dan Pulau Pinang mengambil bahagian.

Pasukan Warrior dari Kern Isi Rimba, Kemensah, Hula Klang muncul juara kategori terbuka pertandingan itu yang diadakan di Sport Arena, Cyberjaya.

Pada pertandingan akhir itu, pasukan Warrior menumpaskan pasukan Nemesisi Legion dari Kuala Lumpur dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,400 dan pingat.

Nemesis Legion pula menerima hadiah wang tunai RM1,600 berserta pingat, manakala tempat ketiga Dark Angels RM800 dan keempat Republic CMX yang mendapat pengecualian yuran penyertaan bagi pertandingan akan datang. Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Selangor, Md Esa A Aziz.

Pertandingan kali kedua bagi sesi 2010 yang dijalankan dua hari itu dianjurkan Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama Werdna Hol Sportz itu bertujuan memberikan peluang kepada komuniti untuk mendekatkan diri dengan sukan lasak itu..

Sebanyak 30 pasukan dari sekitar Lembah Klang, Johor, Ipoh dan Pulau Pinang menyertai pertandingan yang dibahagikan kepada dua kategori terdiri daripada kategori terbuka dan novis.

Md Esa berkata, langkah yang dijalankan Cyberview dalam mengetengahkan sukan itu adalah suatu usaha baik ke arah melahirkan aktiviti sihat di kalangan remaja.

Katanya, sukan lasak itujuga mampu melahirkan semangat kerjasama berpasukan dan kebijaksanaan mengatur strategi baik untuk bertempur dengan pihak lawan.

“Saya harap semua peserta mendapat kepuasan melalui pertandingan ini dan mengekalkan semangat kesukanan tinggi dalam apa juga bidang sukan yang diceburi,” katanya.

Pengurus pasukan Warrior, Habibah Abdullah, 56, berkata kunci kepada kejayaan pasukannya ialah semangat kerjasama berpasukan tinggi serta usaha gigih ditunjukkan pesertanya.

“Hadiah ini akan gunakan bagi membiayai yuran penyertaan dan peralatan pertandingan, manakala selebihnya akan dibahagikan sesama peserta,” katanya.

Comments are closed.