Menang jenama terbaik

April 13, 2010 |

(Berita Harian, Tuesday, 13 April 2010 – Business & Finance – Page, 19 )

Cyberjaya, bandar siber pertama dan paling penting di Malaysia, memenangi Anugerah BrandLaureate 2009-2010 untuk Jenama Terbaik dalam Penjenamaan Korporat di bawah kategori hab Teknologi Makiumat dan Komunikasi (ICT) Nasional, bagi tahun ketiga berturut-turut.

Pemilik tanah dan pemaju Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd berkata, kejayaan itu jelas menunjukkan pencapaiannya sebagai hab Bandar Siber global pertama Koridor Raya Multimedia (MSC).

Pengarah Urusan Cyberview, Hafidz Hashim, berkata lebih 500 syarikat memilih Cyberjaya sebagai kediaman untuk perniagaan dan perkhidmatan penyumberan luar.

Comments are closed.