Cyberview kumpul dana RM46,000

February 18, 2010 |

(Berita Harian, Thursday, 18 February 2010 – Sentral – Page, 4 )

Sumbangan diperoleh daripada 500 syarikat beroperasi di Cyberjaya

SEPANG: Pemaju hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) barn-baru ini mengumpul dana RM46,000 hasil sumbangan lebih 500 syarikat yang beroperasi di bandar raya pintar itu, untuk diagihkan kepada golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) di sekitar kawasan Sepang.

PengurusPerhubunganPemegang Kepentingan Cyberview, Mohd Roshdi Zakaria, berkata program kutipan dana yang bermula Ogos lalu itu adalah antara program tanggungjawab sosial korporatnya, selain memberi peluang kepada pelanggan serta penduduk Cyberjaya menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan berkenaan.

“Kami tidak menyangka program ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan berjaya mengumpul banyak sumbangan dalam masa singkat menerusi pelbagai kegiatan dianjurkan.

“Kami memilih menyumbangkan bantuan kewangan itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang untuk diagihkan kepada golongan miskin dan OKU, selain dapat membantu dan meringankan perbelanjaan seharian mereka.

Mohandeep: Innovation can be about adapting software to answer customer needs

“Sumbangan ini adalah yang kedua kerana sebelum ini kami pernah menganjurkan program sama pada 2008 dan berjaya mengumpul sumbangan wang tunai RM30,000 untuk diagihkan kepada golongan miskin serta OKU,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 150 orang miskin pada majlis pelancaran Program Juara Rakyat peringkat

Umno bahagian Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, baru-baru ini. Sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Sepang merangkap Ketua Umno bahagian Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Hadir sama, Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) kawasan Dengkil, Datuk Marsum Paing; Adun Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor; dan Adun Sungai Pelek, Yap Ee Wah.

Roshdi berkata, selain program kutipan dana untuk golongan miskin dan OKU, pihaknya turut menganjurkan program golf amal bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Orang Buta Malaysia dan Rumah Kanak-kanak Terencat Akal Petaling Jaya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, Hartini Abd Halim, berkata pihaknya amat mengalu- alukan usaha dijalankan syarikat swasta seperti Cyberview dan berharap is dicontohi syarikat korporat lain. Katanya, daripada jumlah yang diterima itu, RM36,000 akan diagihkan kepada golongan miskin di kawasan Sepang yang setiap seorang menerima RM100, manakala RM10,000 lagi OKU menerusi program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amat menghargai sumbangan berkenaan kerana is dapat membantu meringankan kos perbelanjaan kehidupan seharian penduduk di kawasan itu,” katanya.

Comments are closed.