Cyberjaya rangkul Anugerah Brandlaureate

April 13, 2010 |

(Utusan Malaysia, Tuesday, 13 April 2010 – General News – Page, 14 )

CYBERJAYA 12 April – Cyberjaya, bandar pintar di negara ini merangkul Anugerah BrandLaureate 2009-2010 untuk kategori Jenama Terbaik Korporat di bawah Hab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Nasional bagi tiga tahun berturut- turut.

Kemenangan ketiga itu jelas membuktikan hasil pencapaian Cyberjaya sebagai hab global bandar pintar Koridor Raya Multimedia (MSC) dan is berjaya mencapai matlamat yang diimpikan oleh kerajaan sejak 12 tahun lalu.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd. Hafidz Hashim berkata, Cyberjaya kini menjadi pilihan kepada 500 syarikat bagi menjalankan perniagaan, perkhidmatan penyumberan luar dan pembangunan penyelesaian Ini, kata beliau, termasuk syarikat global yang ternama seperti DHL, Fujitsu, KPMG, Motorola, HSBC, Nokia, DELL, Shell, BMW, AMD dan Ericsson.

“Cyberview menyasarkan untuk mengembangkan sempadan digitalnya melalui Cyberjaya-TVcom dalam usaha menarik syarikat-syarikat besar dan kecil.

“Cyberjaya merupakan bandar pintar pertama di Malaysia yang mempunyai Protokol Internet Televisyen (IPTV) dan semua program dan kandungannya dibangunkan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) di sini, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anugerah BrandLaureate juga dikenali. sebagai `Grammy Award for Branding’ memberikan pengiktjrafan kepada jenama terbaik di Malaysia dan Asia Pasifik.

Anugerah terse but disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada majlis makan malam gala di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Cyberview Sdn. Bhd. merupakan pemilik dan pemaju Cyberjaya. Hafidz berkata, Cyberjaya kini menjadi bukan sekadar taman teknologi dan pusat perniagaan malah membentuk sebuah komuniti yang menarik meliputi pendidikan, perniagaan dan pelaburan berasaskan ICT dan ekonomi ilmu pengetahuan.

“Ia bukan saja menjadi penempatan syarikat multinasional yang besar malo perusahaan kecil dan sederhana yang kini sedang pesat berkembang di Pusat Usahawan Tekno SME di sini, katanya.

Comments are closed.