Anak yatim pamer bakat bersukan

May 2, 2010 |

(Sinar Harian, Sunday, 2 May 2010 – Selangor & KL – Page, 24 )

CYBERJAYA- Seramai 150 anak yatim dan enam rumah anak yatim sekitar Sepang dan Hulu Langat berpeluang mempamerkan bakat sukan dalam Pertandingan Futsal dan Bola Jaring menerusi Program Cyberjaya Sports Kids yang dianjurkan pemegang saham Cyberjaya di Kelab Komuniti Taman Tasik dekat sini, semalam.

Pengarah Urusan Cyberview, Ir Hafidz Hashim berkata, selain mempamerkan bakat mereka, penganjuran acara sukan berkenaan juga adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat Cyberview meraikan anak yatim dan mengeratkan hubungan.

“Kebanyakan remaja di rumah anak yatim kurang berpeluang mempamerkan kebolehan mereka dalam acara sukan, justeru menerusi platform yang disediakan ini memberi peluang kepada mereka untuk beraksi dan bersaing secara sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim”, katanya.

Ir Hafidz berkata, aktiviti sukan dan rekreasi dianjurkan kerana ianya platform terbaik untuk membina hubunga erat antara komuniti dengan pemegang saham selain mengamalkan cara hidup sihat dalam kelangan warga Cyberjaya.

Ir Hafidz Hashim

“Pada kali ini, menerusi acara yang dianjurkan kita secara tidak langsung melatih peserta ‘Graduates Attachment and Training (GREAT) siri 8 yang sedang dalam latihan Cyberview.

Untuk rekod, Cyberview melatih pelajar lepasan Institusi Pengajian tinggi untuk berkhidmat di syarikat sekitar Cyberjaya secara kontrak bagi melatih golongan bekerja dalam pelbagai bidang.

Menurutnya sepanjang tahun ini, Cyberview telah merancang pelbagai aktiviti setiap bulan untuk komuniti Cyberjaya.

Comments are closed.