SRJKC Khoon Aik sertai Malaysian Cybergames Festival
(Berita Harian, Monday, 19 April 2010 – Regional Changes – Page, 8 )
Selain SRJKC Khoon Aik yang menjuarai kejohanan peringkat negeri Perlis, empat sekolah lain yang turut dinobat juara negeri masingmasing sudah mengesahkan tiket ke kejohanan akhir berkenaan.
Empat sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Budiman dari Terengganu, SK Terendak (Melaka), SK St Thomas (Pahang) dan SK Jalan Panglima Bukit Gantang di Perak.
Guru pengiring SRJKC Khoon Aik, Md Nazir Nik All, berkata semua lapan pelajar yang menyertai kejohanan kelmarin adalah yang terbaik dan cemerlang terdiri dari pelajar Tahun Empat dan Lima sekolah berkenaan.
“Kami bersyukur kerana pertaruhan kami berhasil dan bentuk format pertandingan berkonsepkan matematik dan permainan bahasa dapat kami tamatkan dengan cemerlang.
“Kini, kami akan menyediakan lapan pelajar terbabit kerana pertandingan peringkat kebangsaan pasti lebih mencabar. apatah lagi penganjur kemungkinan besar akan mengubah konsep permainan terbabit,” katanya.
Dalam kejohanan peringkat negeri itu SRJKC Khoon Aik yang diwakililapan pelajar muncul juara selepas menewaskan 240 pelajar dari 30 buah sekolah rendah lain di seluruh Perlis.
Hadiah kepada semua pemenang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Hadir sama, Pengerusi Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), Tan Sri Abdul Halim All dan Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Ir Hafidz Hashim.
Sementara itu, Hafidz berkata, Malaysian Cybergames Festival dirangka khusus untuk meningkatkan tahap kesedaran berhubung penggunaan informasidan teknologi maklumat (ICT), selain memberikan pendedahan dan pembabitan awal kepada pelajar terutama di sekolah rendah.