Cruise sasar masuki pasaran antarabangsa

July 5, 2010 |

(Utusan Malaysia, Wednesday, 5 July 2010 – Business & Finance – Page, 22)

ISA Adam Yee (kiri) dan Syed Mohamad Taha menunjukkan produk yang dipasarkan Cruise GPS System Sdn. Bhd. di Cyberjaya, baru-baru ini.

CYBERJAYA 4 Julai – Cruise CtPS System Sdn. Bhd. (Cruise), salah sebuah peneraju utama teknologi sistem penentu kedudukan satelit (GPS) tempatan, merancang – menjadikan pasaran negara ASEAN sebagai batu loncatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Isa Adam Yee berkata, ini kerana saiz pasarannya yang tidaklah begitu besar itu bukan hanya memberi ruang kepada Cruise memajukan teknologi GPSnya tetapi menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar GPS utama dunia masa kini.

“Di Asia Tenggara, pasarannya adalah kecil dan untuk syarikat besar membekalkan peta serta memberikan khidmat muat turun yang terkini mungkin melibatkan kos lebih tinggi dan tidak baik untuk pelan perniagaan mereka.

“Jadi inilah kelebihan kami yang dikenal pasti ketika kami mula mahu masuki pasaran dan kita juga boleh wujud hubungan perniagaan dengan syarikat besar terbabit;” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Cruise GPS System Sdn. Bhd. Syed Mohamad Taha.

Cruise yang beroperasi secara rasmi pada bulan November 2008 itu mengeluarkan dua produk GPS iaitu CRUiSE LITE and CRUISE iMalaysia dan sehingga kini, lebih kurang 5,000 produk GPS tersebut di pasaran tempatan.

Bermula pertengahan tahun lepas, Cruise berjaya menjalinkan kerjasama strategik dengan PLUS Expressways Bhd. Bank Rakyat dan Cyberview Sdn. Bhd.

Isa memberitahu, setakat ini, peta GPS Cruise itu merangkumi lima negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei. “Tetapi sistem kita adalah bersifat terbuka iaitu is boleh menerima peta dari pembekal lain, selagi mereka menggunakan Window CE.

“Selain itu, para pelanggan boleh membuat muat turun makiumat pets terkini secara percuma melalui laman web kami,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui wujudnya persaingan bukan hanya dengan syarikat pengeluar GPS tempatan lain tetapi juga kegiatan cetak rompak. Atas sebab itulah, katanya lagi, Cruise telah mengurangkan harga seunit produknya itu dari RM1,899 kepada RMI,599, selain mempunyai beberapa peralatan tambahan yang diberikan secara percuma.

“Mungkin mereka tawar harga rendah tetapi kita kena beri perhatian kepada kualiti kandungan dalamannya,” katanya.

Comments are closed.